Selasa, 25 September 2012

Tips mengekalkan penghasilan susu

Saya sering bagitau ibu-ibu di luar sana yang penyusuan ni ibarat roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.. Susu juga begitu, sekejap banyak, sekejap lagi berkurang. Persoalannya, bagaimana kita nak pastikan yang susu kita sentiasa banyak?
 
Perkara yang paling penting, ialah ‘Back To Basic’ iaitu PAM KERAP. Selagi ibu pam dengan kerap 2-3 jam sekali, selagi itulah penghasilan susu berada dalam keadaan stabil. Kenapa? Sebab badan sentiasa mendapat signal yang anak menyusu, dan selagi signal sampai pada otak, selagi itulah susu akan terhasil pada kadar sepatutnya. Jika susu anda berkurang secara tiba-tiba, cepat-cepat buat Teknik Power Pumping, untuk meningkatkan semula penghasilan susu.
 
Kedua, MINUM AIR KOSONG BANYAK, 3-4 L SEHARI. Banyaknya nak minum? Pertanyaan lazim para ibu.. Saya jawab mudah je.. kalau badan sendiri tak cukup air, bagaimana badan nak menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.. Justeru ibu perlu pastikan minum air yang cukup merupakan perkara wajib yang perlu dipatuhi selepas pam.
 
Ketiga, mengambil makanan seimbang.. Ibu menyusu perlukan protein, kalsium dan makanan berzat secukupnya. Tak boleh diet-diet ya. Kalau nak kurus, cukup dengan jaga pemakanan dan kurangkan makanan berlemak dan berminyak.
 
Keempat, rehat yang cukup dan elakkan stress. Stress memang akan mengganggu penyusuan.. jadi pastikan ibu sentiasa dalam mood yang baik dan tenang, serta mendapatkan rehat yang cukup.
 
Kelima, doa dan meminta pada Allah. Dia yang memberi rezeki, dan mohonlah agar dipermudahkan jalan penyusuan buat kita semua..
 
Sebagai bonus tambahan, ambillah Supplement Penyusuan untuk menampung kekurangan. Kekurangan di sini biasanya disebabkan ibu terlalu sibuk dan kurang mengambil makanan seimbang. Kurangnya rehat dan stress juga boleh membuatkan susu berkurang. Di sinilah fungsi supplement, kerana dengan adanya pengambilan vitamin, badan akan lebih bertenaga, kurang letih dan kurang stress.
 
Credit : Farah Alias
 
Apa komen customer yang menggunakan supplement shaklee...???

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan