Khamis, 20 Disember 2012

PENGURANGAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?


Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat. 


Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?
Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:


·          jangan tinggal sarapan pagi;
·          makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
·          sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
·          pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
·          kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
·          kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar. 



Bagaimana jika saya menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda. Baca artikel diet sihat untuk ibu-ibu yang menyusukan untuk mendapatkan tip-tip bijak. 


Bilakah badan saya akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?
Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang. 


Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.

Credit : www.babycenter.com.my

10 TIPS MENGAJAR SI KECIL MENJADI BIJAk


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Rabu, 5 Disember 2012

JANGKITAN KULAT (SERIAWAN) PADA IBU DAN BAYI


Apakah SERIAWAN (Trush) ?
Seriawan merupakan jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh merebak pada buah dada anda dan menyebabkan puting anda terasa sakit dan gatal. Ia juga dikenali sebagai jangkitan yis. Tanda-tanda seriawan termasuk: 


Pada ibu-ibu: 

 puting yang merekah 
• sakit yang amat tajam dan mencucuk pada buah dada semasa atau selepas penyusuan
• puting yang gatal, merah atau pedih 
• seriawan vagina



Pada bayi: 

• tompok putih di dalam mulut yang sukar untuk dihilangkan
 ruam lampin.



Apakah puncanya?
Yang menyebabkan seriawan ialah kulat Candida albicans. Setiap orang mempunyai kulat ini dalam badan – ia adalah sebahagian normal sistem pencernaan dan selalunya terkawal oleh bakteria. Walau bagaimanapun, kadang-kala kulat ini berjaya membiak dan merebak, dan ini boleh menyebabkan jangkitan. Menyusu boleh menyediakan suatu persekitaran yang sempurna untuk seriawan – ia membiak dalam persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat di mulut bayi anda semasa menyusu. 

Memakan makanan bergula, mengambil antibiotik, tidak berehat secukupnya, tekanan, alergi dan kecederaan pada puting akibat posisi kurang betul adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan jangkitan.
 


Apa yang perlu saya lakukan?
Seriawan ialah satu keadaan yang tidak sesuai untuk dirawat dengan sendiri. Jika anda merasakan anda mempunyai seriawan, hubungilah doktor keluarga anda untuk diagnosis dan rawatan. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antikulat. Seriawan boleh dialami untuk beberapa minggu sebelum sembuh dan anda bersama bayi anda perlu dirawat serentak. 

Buat masa ini:
 

• Basuh semua alat-alat mainan, puting dan semua bahagian pam buah dada dalam air mendidih selepas setiap kali digunakan untuk mengelakkan jangkitan semula pada diri anda dan bayi anda. 

• Atas sebab yang sama, basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas penyusuan.

• Anda mungkin mahu menambahkan laktobasilus asidofilus (terdapat dalam bentuk pil atau yogurt asidofilus) dalam diet anda untuk mengisi semula sistem pencernaan anda dengan bakteria berguna yang mengawal seriawan. 

• Pastikan puting anda dalam keadaan yang kering sebab seriawan membiak dalam keadaan lembap.

• Gunakan hanya air kosong untuk membasuh puting anda. 

Untuk melegakan sakit pada buah dada, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol sehingga kesakitan itu hilang dan rawatan anda mula berfungsi. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan ubat-ubatan.
 


Adakah ia akan menjejaskan bayi saya?
Jika anda mempunyai jangkitan kulat atau Candida pada puting anda, ada kemungkinan besar bayi anda juga akan dijangkiti walaupun anda tidak nampak sebarang tompok putih. Bayi anda juga memerlukan rawatan seperti anda – pada masa yang sama juga; jika tidak, jangkitan akan berpindah-pindah. 

Seorang bayi yang mempunyai seriawan akan meragam semasa penyusuan atau tidak mahu menyusu sebab kesakitan mulut. Namun, ada juga bayi yang tidak menghiraukannya.
 

Adakah saya masih boleh menyusukan?
Ya. Seriawan tidak harus menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh terus menyusukan sepanjang rawatan anda. 

Credit : www.babycenter.com.my

Selasa, 4 Disember 2012

BILA AIR KETUBAN PECAH TERLALU AWAL

Premature Rapture of Membranes (PROM) adalah istilah perubatannya. Apakah yang harus dilakukan jika anda mengalami PROM?

Sebelum kelahiran, bayi anda akan dikelilingi cecair pelindung amnion yang dipanggil air ketuban atau cecair amnion. Kedua-dua bayi dan cecair amnion dillindingi oleh kepompong yang mempunyai dua lapisan membran pelindung di dalam dinding yang berotot iaitu uterus. Jika membran tersebut pecah sendiri ia dipanggil Spontaneous Ruptures of Membranes (SRM) atau apa yang biasa kita kenali sebagai air ketuban pecah. Jika SRM berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan , inilah yang dipanggil PROM.

Mengapa PROM berlaku????

Soalan ini sukar dijawab. Kadangkala ia memang berlaku dan tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Walaubagaimanapun:
  • Jika anda bakal melahirkan anak kembar, membran mungkin pecah awal kerana beban berlebihan daripada bayi-bayi menyebabkan tekanan pada membran.
  • Amat jarang berlaku tetapi kadangkala terdapat juga keadaan di mana cecair amnion terlalu banyak. Keadaan ini dipanggil polihiroamnios. Ia mungkin disebabkan oleh kecatatan kepada janin ataupun hamil anak kembar. Tekanan daripada cecair amnion yang terlalu banyak kadangkala menyebabkan membran pecah terlalu awal.
  • Kedudukan fetus yang tidak betul. Biasanya fetus terletak dengan kepala di bawah dan belakangnya menghadap perut anda. Jadi kepala bayi akan terletak elok dalam kawasan serviks. Jika kedudukannya tidak seperti ini, contohnya, jika ia berkedudukan occiput posterior (belakang menghadap belakang anda), atau sonsang, ia tidak begitu muat dalam uterus. Dalam kes begini, kemungkinan besar membran akan pecah awal.
Apa yang perlu dilakukan jika terjadinya PROM???

Semasa proses bersalin juga akan berlaku SRM. Jika ia berlaku sebelum fasa kehamilan matang, atau sewaktu masih di awal proses bersalin  anda seharusnya menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Doktor akan memeriksa pelbagai perkara iaitu:
  • Mengesahkan air yang keluar ialah air ketuban. Kadangkala yang keluar ialah air kencing yang di salah anggap sebagai air ketuban walaupun baunya berbeza. Untuk mengujinya, doktor atau jururawat akan mengambil contoh dengan kapas kesat. Jika kapas kesat bertukar warna biru gelap atau hitam jika disapukan pada cecair penguji, positif air ketuban.
  • Memastikan  warna air yang keluar. Air ketuban berwarna jernih. Walaupun amat jarang berlaku, tetapi kadangkala ia mungkin berwarna sedikit kehijauan - ini bermakna wujudnya meconium. Ini menunjukkan bayi telah membuang air besar sebelum kelahiran disebabkan masalah tertentu. Jika ini berlaku anda dan bayi akan diawasi dengan terperinci.
  • Memastikan kadar degupan jantung bayi. Ini adalah untuk memastikan yang bayi anda bersedia untuk dilahirkan.
  • Memastikan anda selamat
  • Memastikan bilakah membran anda pecah. Disebabkan itu penting menghubungi doktor sebaik sahaja berlaku SRM supaya tidak berlaku jangkitan kepada bayi dan organ pembiakan anda.

Terima kasih kerana membaca. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan dari artikel di atas.

Please LIKE QieQie Shop fanpage... TQ

Isnin, 26 November 2012

SET ALERGI, RESDUNG, ECZEMA DAN ASMA

ALERGI

Alergi juga disebut alahan. Contohnya alahan terhadap makanan laut. Bila kita makan makanan laut akan naik lah ruam dan kegatalan. Ini sangat tidak selesa bagi yang mengalami masalah alergi. Terpaksa berpantang walaupun dalam hati " bestnye tengok orang makan tom yam seafood, teringin nak makan ". Tetapi disebabkan alergi niat tu terpaksa dilupakan. 

RESDUNG

Pagi-pagi bangun tidur mesti hidung tersumbat. Dah la tersumbat bersin plak tu. Banyak la plak "mukus" dalam rongga hidung ni. Ni yang membuatkan malas bangun pagi sebab nak melayan semua ni. Tempat keje plak banyak habuk. Kat ofis dengar suara kita je dok bersin-bersin. Tisu dah banyak habis. Ofis dah la sejuk lagi banyak le "mukus" yang terhasil.

ECZEMA

Ruam-ruam tumbuh pada bahagian kulit tertentu. Sangat la gatal bila berpeluh. Tangan pun sakan dok menggaru bahagian yang gatal. Akhirnya kulit-kulit merah2 dan berkudis. Kadang-kadang salah makan pun oleh menyebabkan eczema. 

ASMA

Asma ni juga kenal sebagai sukar untuk bernafas atau semput. Memang seksa melihat orang yang diserang asma. Tapi bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesian tercungap2 je sambil baring. Itu je yang mampu dibuat. 


TESTIMONI










Kepada anda , keluarga, sahabat, sedara mara, atau yang anda kenali mengalami masalah di atas boleh la syorkan kepada mereka. Sekurangnya kita membantu mengurangkan masalah kesihatan mereka atau diri anda sendiri.

Kalau anda nak memesan atau mendapatkan konsultasi percuma:
Klik LIKE fanpage kemudian...
FB : Suliza Shaklee (PM atau chat)
Sms/whatsapp 017-2890692
E-mel : sulizaothman84@gmail.com

Untuk mendapatkan harga ahli ketika membeli di cawangan SHAKLEE boleh gunakan ID saya 886359 (Suliza Othman)

Sabtu, 24 November 2012

Cadangan Jadual Pengambilan Supplement


Bagi anda yang baru hendak cuba mengamalkan pengambil suplemen khususnya Shaklee, tentunya anda akan tertanya-tanya waktu yang paling sesuai untuk memakannya. Lazimnya pengambilan suplemen adalah sebaik-baiknya dilakukan pada waktu malam (selepas makan malam) kerana badan lebih mudah menyerap nutrien semasa kita sedang lena dibuai mimpi.

Namun begitu, saya kongsikan beberapa general rule yang bagus untuk dipraktikkan sebagai panduan semua:

Vitamin B merupakan vitamin yang LARUT AIR. Oleh itu, vitamin-vitamin ini sebaik-baiknya DIAMBIL BERSAMA-SAMA SEGELAS AIR dan elakkan pengambilannya bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin A, D, E dan pula merupakan vitamin yang LARUT LEMAK. Oleh yang demikian, bagi mengoptimakan penyerapan, pengambilannya wajar dilakukan SELEPAS MEMAKAN MAKANAN BERLEMAK/BERMINYAK.

Ostematrix (kalsium) pula baik untuk diambil bersama-sama SEGELAS SUSU atau SEBELUM TIDUR. Sebagaimana susu diketahui umum dapat membantu kita untuk tidur, kalsium dikatakan turut mempunyai fungsi yang sama.

LECITHIN juga disarankan untuk diambil bersama-sama VITAMIN LARUT LEMAK yang lain.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIGALAKKAN
  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa
  • Mengambil suplemen zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Perlu diingatkan, memandangkan Vitalea turut dilengkapi zat besi, maka pengambilannya harus dilakukan pada masa yang berlainan dengan Ostematrix
  • Pengambilan Vitalea dengan susu juga tidak digalakkan kerana susu mengandungi kalsium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh kita
Dalam pada itu, pengambilan suplemen adalah disarankan untuk dibuat selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah suplemen dalam kadar yang telah dicadangkan pada satu-satu masa kerana pengambilan suplemen yang berlebihan khususnya vitamin larut lemat boleh membahayakan kesihatan kerana ianya akan disimpan di dalam badan dan bertukar menjadi toksik. Pastikan juga pengambilan air secukupnya dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kadar penyerapan yang lebih optimum.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan suplemen anda, kalian boleh mencuba saranan ini:

  • Selepas sarapan pagi: Vitalea dan B complex
  • Antara sarapan pagi dan makan tengahari: segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan tengahari: Vitamin C dan Alfalfa
  • Antara makan tengahari dan makan malam: segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan malam: kalsium, Vitamin E dan Omega (jika ada)
Bagi yang mengamalkan lecitihin dan alfalfa pula, pengambilan sebanyak 2 biji sebelum mahupun selepas makan bolehlah dibuat bagi setiap meal utama i.e. selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam. 
Semoga dengan perkongsian cadangan jadual pemakanan ini dapat membantu anda mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Nota: Jadual di atas merupakan cadangan sahaja. Jadual pengambilan suplemen boleh diubah mengikut kesesuaian & keperluan individu.

Credit : laman web Better You Better World

Kelebihan ALFALFA terhadap penyakit asthma, sembelit dan alergi

Ramai dikalangan kita yang menghidap asthma. Bila demam, berada dalam kesejukan atau terlalu penat mudah saja untuk asthma menyerang. Bila asthma menyerang semua kerja tergendala dan hanya mampu berbaring menahan kesakitan. Itu lah yang saya lihat apabila asthma menyerang ibu saya. Kesian melihat keadaannya, Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Saya nak share dua testimoni customer yang menghidap asthma selepas menggunakan alfalfa.

TESTIMONI 1




TESTIMONI 2


TESTIMONI 3 (sembelit dan alergi)




Alhamdulillah, dengan izin Allah, customer ini telah menjumpai penawar untuk penyakit asthma, sembelit dan alergi yang dialami. Sekarang sedang gunakan Alfalfa sebagai ikhtiar untuk meredakan asthma yang dihadapi ibu saya.


Sekiranya anda ingin memesan atau mendapatkan konsultasi percuma:

FB : Suliza Shaklee ( PM / chat )
Sms/whatsapp : 017-2890692
E-mel : sulizaothman84@gmail.com

Anda juga boleh mendapatkan ALFALFA di cawangan SHAKLEE berdekatan. Untuk mendapatkan harga ahli boleh gunakan ID saya 886359 (Suliza Othman)

Selasa, 23 Oktober 2012

MENJADI AHLI.... BECOME MEMBERS....

Kepada anda yang ingin menjadi ahli SHAKLEE, berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan keahlian anda:

  1. Membuat bayaran sebanyak rm75 (semenanjung M'sia) atau rm85 (Sabah & Sarawak)
  2. Boleh rujuk no akaun CIMB dan MAYBANK di bahagian kanan blog.
  3. Sila isi borang keahlian yang terdapat di bahagian kanan blog.
  4. Di dalam borang anda meminta NO TRANSAKSI sebagai bukti pembayaran.
  5. Selepas itu, sila maklumkan saya menerusi FB atau sms/whatsapp 0172890692 untuk saya buat semakan dan proceed form anda.
Kelebihan keahlian:
  1. Pembelian dengan harga ahli. (Perbezaan dalam 20%)
  2. Pendaftaran pada harga yang rendah.
  3. Tidak perlu membuat loan beribu-ribu ringgit.
  4. Mendapat bonus setiap bulan.
  5. Bonus bergantung kepada pembelian anda setiap bulan.
  6. Kami dibuah kumpulan "ENERMAX" yang mana ahlinya sangat aktif dan bekerjasama.
  7. Anda boleh mencari "downline" setelah anda mahir selok-belok bisnes.
Clik BORANG KEAHLIAN untuk mendaftar.
 
Sebarang pertanyaan boleh PM di FB Suliza Shaklee.... Sms/whatsapp 017-2890692....
HANYA YANG TERBAIK DARI SHAKLEE....


Ahad, 14 Oktober 2012

Tips untuk Membantu Pasangan yang Ingin Hamil

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengamalkan beberapa tip ini untuk membantu meningkatkan peratusan anda untuk hamil. mungkin anda pernah mendengar petua atau tip tentang waktu dan saat terbaik untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kitaran wanita, berapa kali hubungan seksual yang perlu dilakukan, posisi atau cara seksual dilakukan dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal yang boleh meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
PILIH WAKTU TERBAIK UNTUK JIMAK
Dalam usaha meningkatkan kemungkinan untuk hamil, penting untuk kita mengetahui waktu terbaik untuk berlakunya ovulasi pada seorang wanita. Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual adalah pada masa subur atau ketika proses ovulasi berlaku pada seseorang wanita (seperti yang dinyatakan tadi).
Telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
Oleh itu, melakukan hubungan seks sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi.
FREKUENSI HUBUNGAN SEKSUAL
Frekuensi atau berapa kerap anda melakukan hubungan seksual bergantung kepada setiap pasangan. Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan berapa kali seseorang harus melakukan seks untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali sahaja melakukannya tetapi terdapat juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Perkara terpenting adalah seberapa kerap anda melakukan hubungan pada waktu yang terbaik untuk hamil.
NIKMATI HUBUNGAN SEKSUAL ANDA
Penelitian menunjukkan bahawa, ketika seseorang wanita mencapai orgasma, keadaan alkali (base) pada vagina wanita akan terbentuk. Pada waktu itu, sperma menyukainya berbanding keadaan normal vagina (acid). Jika anda mencapai orgasma pada waktu yang sama atau sesaat selepas pasangan anda berejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai ke ovum akan lebih tinggi.
** Daripada 39 juta sperma hanya 30% sperma sahaja yang akan berjaya memasuki ovum yang matang.
POSISI HUBUNGAN SEKSUAL
Posisi seks yang disarankan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas (man on top).
JANGAN BANYAK BERGERAK SELEPAS BERJIMAK
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa dengan tidak bergerak dan tetap dalam posisi baring dengan kaki dan pinggul lebih tinggi selepas berjimak akan meningkatkan kesuburan. Ini disebabkan sebenarnya sperma sudah berada di dalam serviks sesaat selepas ejakulasi.
Tetapi terdapat pihak yang tetap menyarankan untuk memberi sedikit masa untuk sperma berenang ke serviks dan menganjal pinggul dengan sebuah bantal semasa berjimak.
Selain itu, yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan diri, hindari daripada menggunakan cairan pembersih vagina bersifat toksik kepada sperma.
SUAMI PERLU ELAK MANDI AIR PANAS
Para suami sebaiknya menghhindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau terlalu kerap mandi air panas. Ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau keadaan di kawasan panas di kawasan testis akan mengganggu proses pembentukan sperma.
TENANG
Cubalah untuk tetap bertenang ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan anda. Ini kerana stress tidak akan membantu malah hanya akan menyulitkan keadaan.
MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan adalah perkara asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda mendapat makanan yang cukup lagi berkhasiat. Ingat bahawa wanita yang sihat atau mempunyai berat badan yang ideal akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Ini semua hanyalah tip-tip yang boleh dipraktikkan dan dicuba untuk membantu anda meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Hanya 30% sperma sahaja yang berjaya memasuki telur yang matang yang akan memberi hasil yang positif. Selebihnya lagi masih tetap perlu menunggu dan mencuba lagi walaupun sudah melakukan kesemua tip yang diberikan dengan betul. Ingatlah, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan segala-galanya. Kita hanya berusaha dan berikhtiar.
** Sekiranya anda sudah cuba mempraktikkan semua tip-tip yang diberi tetapi masih menemui jalan buntu, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Terima kasih kerana sudi singgah.... Jom klik LIKE Qie Qie Shop fanpage... :)

Khamis, 11 Oktober 2012

Mengapa anak meragam ketika menyusu?

Alhamdulillah, puteri sulung akan menginjak usia ke setahun dua bulan beberapa hari lagi. Sampai sekarang masih sukakan susu badan. Cuma sudah kurang menyusu dek kerana asyik sangat bermain dan sudah makan makanan pejal. Tak apa lah. Janji masih ada susu mama yang masuk dalam perut adik.

 
Tapi ada di kalangan sahabat bercerita tentang anak mereka MERAGAM KETIKA MENYUSU. Saya juga mengalami masalah yang sama diawal kelahiran A'qilah. Tidak tahu nak buat apa, beri susu pun menangis. Dukung pun masih menangis. Selalu berlaku di waktu malam. Bila dah penat menangis tidur la dia. Ada yang kata anak saya ada SAWAN TANGIS. Wallahu a'lam.

 
Bila anak meragam ketika disusukan atau setelah kenyang kita boleh lihat kepada sudut-sudut yang lain seperti:
 
PERTAMA:


Jika bayi enggan menyusu (jika telah sampai waktu menyusu) walaupun berbagai cara telah dibuat (dalam kes ini bayi menyusu sepenuhnya dari ibu sebelum ini). Bukanlah jua susu ibu tidak cukup dan membuatkan bayi marah.
 
 
1) Perhatikan posisi dan perlekapan ibu – adakah menyelesakan bayi – jika tidak selesa betulkan posisi dan perlekapan (contoh: badan bayi menghadap siling, perlekapan yang salah)
 
 
2) Perhatikan sekali lagi keadaan bayi – adakah hidung tersumbat? Jika ya, betulkan posisi dari posisi buai (cradle) kepada posisi upright yang akan lebih menyelesakan bayi yang hidung tersumbat/selsema).
 
 
3) Perhatikan jua keadaan seperti di atas, seperti suhu, lampin dan faktor2 lain – jika tiada, OK
 
 
4) Jika anak enggan menyusu, jangan paksa dia untuk menyusu. Biarkan sekejap dan boleh pujuk semula (jika paksa, maka merajuklah dia atau kadangkala boleh trauma setiap kali mahu diberi susu) selepas bayi telah ok.
 
 
5) Perhatikan keadaan mulut bayi – jika ada tompok2 putih (thrush) ataupun ulser ataupun keadaan tekak yang merah, barangkali anak tidak selesa dan sakit untuk menyusu. Refer anak anda pada doktor berdekatan.
 
 
KEDUA:

 
Seperti ibu yang risaukan anaknya kerap menangis walaupun dah disusukan on demand (dan yakin anaknya telah kenyang). Pada fikiran si ibu, anaknya tidak mendapat cukup susu (kerana susunya kurang). Selain daripada susah hati memikirkan susu ibu yang telah semakin berkurangan, ibu mungkin boleh bertenang sedikit dan perhatikan dari aspek lain seperti:
 
 
1) Periksa lampin baby – perhatikan jika sudah basah/penuh – OK
 
 
2) Periksa suhu, keadaan badan dan perut bayi – OK
 
 
3) Periksa kawasan sekeliling tempat tidur bayi – semut api atau serangga lain – jika tiada, OK
 
 
4) Perhatikan suhu bilik (terlalu sejuk atau terlalu panas) – OK
 
 
Jika tiada sebab2 di atas atau yang lain2 dan semuanya ok, maknanya baby tidak ada apa2 masalah. Mungkin dia hanya perlukan mamanya peluk, temankan dia bermain, menyanyi atau comfort kan dia Jangan panik dan terus jump into conclusion yang susu anda tiada.
 
KETIGA:

 
Jika bayi anda tidak mahu berenggang dari anda dan mahu menyusu sepanjang hari/malam. Bukanlah tanda susu ibu tidak cukup dan bayi tidak puas lalu mahu menyusu.
 
 
1) Bayi sangat suka suckle for comfort (itulah sebabnya puting dicipta – kerana bayi sangat selesa bila dapat menggerakkan mulutnya) – cuba fikirkan, apa lagi yang baby boleh buat selain tidur dan menyonyot? Nikmatilah momen ini walaupun kadangkala memenatkan
 
 
2) Cluster feeding – menyekalikan penyusuan pertama dan kedua dan ketiga tanpa mengeluarkan puting dari mulut.
 
 
3) Bayi sangat suka bau badan ibunya, dakapan ibunya dan SEMUA perkara tentang orang yang melahirkannya iaitu IBU.
 
 
… dan banyak perkara lagi anda boleh terokai bersama bayi anda
 
 
Ini hanya TIGA diantara beratus-ratus expectation tentang bayi meragam. Kalau anda hendak menyusukan anak secara eksklusif, pumping tak boleh la ke laut. Kena follow waktu yang ditetapkan iaitu 2-3 jam sekali dan minum air 3 liter sehari. Hendak yang terbaik untuk anak maka ibu kena la berkorban sebaik mungkin. Tiada yang mustahil selain ibu berusaha. Tapi yang tak seronok nye kalau tak dapat support daripada family. Kat situ la punca stress, jadi ibu-ibu kena ambil langkah bijak untuk menangani stress. Cuba kongsi kisah dan masalah dengan kawan-kawan yang fully breastfeed ni. Kawan-kawan yang mendengar ni kalau boleh jangan kondem kawan yang baru nak sesuaikan diri ni ya. Sebaliknya bagi support dan jangan sekali bermegah dengan mereka. Sebab mereka akan down lebih dalam lagi. 

 
Lagi satu bila susu merudum, dont be stress. Bila stress lagi susu malu nak keluar. So, ibu kena tenangkan diri dan amalkan doa penambah susu badan. Boleh google dalam internet mesti jumpa. Selamat beramal ye ibu-ibu sekalian.
 

Selasa, 25 September 2012

B Complex & Ostematrix: Alternatif yang lebih selamat untuk atasi migrain

B Complex & Ostematrix: Alternatif yang lebih selamat untuk atasi migrain
Masalah migrain bukanlah suatu penyakit yang asing bagi ramai individu. Ianya menyerang sesiapa saja baik lelaki mahupun wanita termasuklah pelajar, golongan professional, yang sering stress dan terbeban dengan tugasan di pejabat serta individu yang tidak mendapat rehat secukupnya. Apabila keadaan ini menjadi bertambah teruk, rata-rata daripada mereka akan mengambil jalan mudah dengan menelan panadol mahupun ponstant bagi memberi kelegaan sementara terhadap keadaan migrain yang dialami.

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit bukanlah tidak boleh, namun sekiranya diambil dengan terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, ianya akan membawa kepada kemudaratan yang akhirnya boleh menjejas tahap kesihatan seseorang itu.

Jom kita baca petikan yang telah diambil dari www.livestrong.com tentang bahaya pengambilan ubat tahan sakit seperti panadol ...

"Panadol, a brand of acetaminophen, is widely used for pain relief and fever control in adults and children. Panadol can have a few untoward side effects, some of them irreversible and lethal.

Liver Damage
As outlined by the Merck Manuals Online Medical Library, an overdose of acetaminophen can cause drug-induced liver damage. In fact, Panadol is considered a common cause of liver injury in the United States. In toxic doses, it causes direct injury to liver cells. This manifests in the beginning as nausea, fatigue, weakness, and pain in the upper-right side of the abdomen---the liver's anatomical location.

This may be followed by yellowish discoloration of the skin and eyes. The risk of liver damage increases with intake of alcohol. Merck Manuals notes that this damage to the liver may be fatal and patients are candidates for liver transplantation if the antidote, a drug called N-acetylcysteine, fails.

Kidney Damage
The Merck Manuals also describes possible damage to the kidneys as one of the potential side effects of long-term use of acetaminophen. Kidney damage due to this disease is referred to as analgesic nephropathy. Analgesic nephropathy is responsible for about 3 to 5 percent of cases of renal failure in the United States.

Patients may complain of back pain, pain in their side and bloody or cloudy urine. When the condition is identified early and the intake of pain-relieving drugs is stopped, the course of the disease can be halted and the patient improves. Analgesic nephropathy also places the patient at a greater risk for urinary tract cancers."

Persoalannya sekarang, kenapa masih perlu bergantung pada ubat-ubatan yang terang-terangan mempunyai implikasi jangkamasa panjang terhadap kesihatan kita selain diperbuat di dalam makmal melalui gabungan pelbagai jenis dadah? Sedangkan terdapat pendekatan yang lebih selamat bagi mengatasi masalah migrain ini melalui supplement yang semulajadi? Jom kita tengok, supplement apa yang baik untuk masalah migrain.

Ostematrix

Kenapa saya katakan ostematrix? Kerana ostematrix terdiri daripada gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Biasanya umum akan kaitkan kalsium dengan tulang dan gigi. Akan tetapi, fungsi kalsium sebenarnya merangkumi jauh lebih besar daripada kesihatan tulang dan gigi semata-mata.

Malah ianya turut bertindak dalam menetapkan ritma jantung, mengatasi masalah insomnia atau susah tidur, mengawal kadar kolesterol dalam darah, membantu pembekuan darah, melancarkan fungsi saraf dan otot dan membantu pengaliran gizi makanan untuk keluar dan masuk daripada membran.
Magnesium yang terkandung di dalam Ostematrix pula bertindak untuk memetabolismakan kalsium. Bertindak dalam mengelakkan pembuluh darah daripada menjadi kejang salah satu punca utama yang dipercayai penyebab masalah migrain.

Selain itu, satu kajian yang telah dijalankan terhadap magnesium mendapati ianya mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mengurangkan frekuensi kekerapannya.
Apabila mencari supplement kalsium, carilah yang mengandungi Vitamin D kerana Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum. Sekiranya kalsium yang anda pilih tidak mengandungi Vitamin D, besar kemungkinan kalsium tersebut akan tertinggal di dalam ginjal mahupun pundi kencing sebagai batu yang boleh mengakibatkan masalah batu karang.


B Complex

Istimewanya B Complex Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan 8 komponen penting Vitamin B. Antara 8 komponen ini termasuk Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine). Kedua-dua komponen ini telah terbukti mampu mengurangkan rasa sakit akibat migrain.
Di samping itu, pengambilan B Complex secara konsisten mampu mengurangkan rasa tekanan dan stress yang merupakan antara penyumbang terhadap masalah migrain. 

Akhir kata, tepuk dada tanya badan ... adakah anda sanggup terus-terusan mendera badan anda dengan menyumbat panadol atau ubat tahan sakit setiap kali anda diserang migrain?

Atau masihkah ada rasa kasihan dan sayang terhadap badan anda yang telah banyak berjasa menjadi tempat tumpangan dan membawa roh anda ke hulu ke hilir? Ianya adalah badan anda jadi anda yang tentukan! Justeru, buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan yang berpanjangan dan lebih terjamin. Sekiranya anda mahukan alternatif yang lebih selamat untuk jangkamasa panjang, mendapatkan Ostematrix dan B Complex anda hari ini.
 
Credit to Marina Nasir
 
Hubungi saya melalui:
  • E-mail: sulizaothman84@gmail.com
  • Facebook: Suliza Othman 
  • Fanpage: Malaysian Mommies Network
  • SMS/WhatsApp: 017-2890692 
Setiap pembelian daripada saya akan melayakkan anda untuk mendapat konsultasi, khidmat nasihat dan jadual pemakanan PERCUMA.

Tips mengekalkan penghasilan susu

Saya sering bagitau ibu-ibu di luar sana yang penyusuan ni ibarat roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.. Susu juga begitu, sekejap banyak, sekejap lagi berkurang. Persoalannya, bagaimana kita nak pastikan yang susu kita sentiasa banyak?
 
Perkara yang paling penting, ialah ‘Back To Basic’ iaitu PAM KERAP. Selagi ibu pam dengan kerap 2-3 jam sekali, selagi itulah penghasilan susu berada dalam keadaan stabil. Kenapa? Sebab badan sentiasa mendapat signal yang anak menyusu, dan selagi signal sampai pada otak, selagi itulah susu akan terhasil pada kadar sepatutnya. Jika susu anda berkurang secara tiba-tiba, cepat-cepat buat Teknik Power Pumping, untuk meningkatkan semula penghasilan susu.
 
Kedua, MINUM AIR KOSONG BANYAK, 3-4 L SEHARI. Banyaknya nak minum? Pertanyaan lazim para ibu.. Saya jawab mudah je.. kalau badan sendiri tak cukup air, bagaimana badan nak menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.. Justeru ibu perlu pastikan minum air yang cukup merupakan perkara wajib yang perlu dipatuhi selepas pam.
 
Ketiga, mengambil makanan seimbang.. Ibu menyusu perlukan protein, kalsium dan makanan berzat secukupnya. Tak boleh diet-diet ya. Kalau nak kurus, cukup dengan jaga pemakanan dan kurangkan makanan berlemak dan berminyak.
 
Keempat, rehat yang cukup dan elakkan stress. Stress memang akan mengganggu penyusuan.. jadi pastikan ibu sentiasa dalam mood yang baik dan tenang, serta mendapatkan rehat yang cukup.
 
Kelima, doa dan meminta pada Allah. Dia yang memberi rezeki, dan mohonlah agar dipermudahkan jalan penyusuan buat kita semua..
 
Sebagai bonus tambahan, ambillah Supplement Penyusuan untuk menampung kekurangan. Kekurangan di sini biasanya disebabkan ibu terlalu sibuk dan kurang mengambil makanan seimbang. Kurangnya rehat dan stress juga boleh membuatkan susu berkurang. Di sinilah fungsi supplement, kerana dengan adanya pengambilan vitamin, badan akan lebih bertenaga, kurang letih dan kurang stress.
 
Credit : Farah Alias
 
Apa komen customer yang menggunakan supplement shaklee...???

 
 
 

KENAPA SAYA MEMILIH BIZNES SHAKLEE???


Selama dah beberapa bulan saya menjadi PENGEDAR SAH SHAKLEE ni, ramai jugak yang tanya saya ... apa yang membuatkan saya berminat untuk menceburi biz ni? Berikut saya ...
senaraikan antara sebab2nya:

#Tak perlu keluar rumah & berjumpa orang sebab semuanya boleh dibuat secara online dari promosi
   ke penghantaran barang ke customer

 #Yuran pendaftaran yang sangat-sangat reasonable i.e. RM75 untuk Semenanjung Malaysia dan
   RM85 untuk Sabah dan Sawarak

 #Member kit di hantar ke depan pintu - tak perlu susah payah nak collect di branch

 #Tak perlu menyimpan stock kerana anda hanya perlu membuat pesanan kepada Shaklee apabila
    terdapat order dari customer dan Shaklee akan uruskan penghantaran kepada customer anda

 #Terdapat kumpulan sokongan yang kuat dan dinamik yang akan guide dan bantu anda untuk
   memulakan business

 #Members yang telah berdaftar akan mendapat akses kepada kumpulan FB tertutup khas yang
   membincangkan tentang cara-cara mengendalikan online marketing, info produk, cara pengambilan
   yang betul, konsultasi & customer service, motivasi dan banyak lagi

 #Berpeluang untuk menghadiri sesi kelas/ceramah istimewa oleh ahli-ahli yang telah berjaya bagi
   mendapatkan suntikan semangat dan mengetahui tips-tips kejayaan mereka

 #Kelas/ceramah yang dianjurkan juga adalah SANGAT-SANGAT baby & family friendly kerana
   anda boleh membawa bersama anak kecil mahupun suami hadir sama - hmmm kalau business lain
   boleh ke?

 #Berpeluang untuk menjaya sehingga 4-5 angka pendapatan setiap bulan (you sign your own
   cheque) - tiada had ditetapkan, yang penting jangan mudah putus asa, komited & perlu rajin
   beruasaha

 #Bonus payout (bagi yang layak) dibuat pada pertengahan bulan (time kebanyakkan daripada kita
   tengah kering lepas bayar bil itu bil ini dan melangsaikan hutang-hutang lain)

dan banyak lagi ....

Anda nak join dan jadi seperti saya? PM atau email sulizaothman84@gmail.com untuk keterangan lanjut :)

Klik untuk keterangan MENJADI AHLI SHAKLEE di sini.

- FB: Suliza Shaklee
- Shaklee ID: 886359
- Fanpage: https://www.facebook.com/pages/Qie-Qie-Shop/103062806509376?ref=hl
- SMS/WhatsApp: 017-2890692