Sabtu, 24 November 2012

Cadangan Jadual Pengambilan Supplement


Bagi anda yang baru hendak cuba mengamalkan pengambil suplemen khususnya Shaklee, tentunya anda akan tertanya-tanya waktu yang paling sesuai untuk memakannya. Lazimnya pengambilan suplemen adalah sebaik-baiknya dilakukan pada waktu malam (selepas makan malam) kerana badan lebih mudah menyerap nutrien semasa kita sedang lena dibuai mimpi.

Namun begitu, saya kongsikan beberapa general rule yang bagus untuk dipraktikkan sebagai panduan semua:

Vitamin B merupakan vitamin yang LARUT AIR. Oleh itu, vitamin-vitamin ini sebaik-baiknya DIAMBIL BERSAMA-SAMA SEGELAS AIR dan elakkan pengambilannya bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin A, D, E dan pula merupakan vitamin yang LARUT LEMAK. Oleh yang demikian, bagi mengoptimakan penyerapan, pengambilannya wajar dilakukan SELEPAS MEMAKAN MAKANAN BERLEMAK/BERMINYAK.

Ostematrix (kalsium) pula baik untuk diambil bersama-sama SEGELAS SUSU atau SEBELUM TIDUR. Sebagaimana susu diketahui umum dapat membantu kita untuk tidur, kalsium dikatakan turut mempunyai fungsi yang sama.

LECITHIN juga disarankan untuk diambil bersama-sama VITAMIN LARUT LEMAK yang lain.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIGALAKKAN
  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa
  • Mengambil suplemen zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Perlu diingatkan, memandangkan Vitalea turut dilengkapi zat besi, maka pengambilannya harus dilakukan pada masa yang berlainan dengan Ostematrix
  • Pengambilan Vitalea dengan susu juga tidak digalakkan kerana susu mengandungi kalsium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh kita
Dalam pada itu, pengambilan suplemen adalah disarankan untuk dibuat selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah suplemen dalam kadar yang telah dicadangkan pada satu-satu masa kerana pengambilan suplemen yang berlebihan khususnya vitamin larut lemat boleh membahayakan kesihatan kerana ianya akan disimpan di dalam badan dan bertukar menjadi toksik. Pastikan juga pengambilan air secukupnya dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kadar penyerapan yang lebih optimum.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan suplemen anda, kalian boleh mencuba saranan ini:

  • Selepas sarapan pagi: Vitalea dan B complex
  • Antara sarapan pagi dan makan tengahari: segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan tengahari: Vitamin C dan Alfalfa
  • Antara makan tengahari dan makan malam: segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan malam: kalsium, Vitamin E dan Omega (jika ada)
Bagi yang mengamalkan lecitihin dan alfalfa pula, pengambilan sebanyak 2 biji sebelum mahupun selepas makan bolehlah dibuat bagi setiap meal utama i.e. selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam. 
Semoga dengan perkongsian cadangan jadual pemakanan ini dapat membantu anda mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Nota: Jadual di atas merupakan cadangan sahaja. Jadual pengambilan suplemen boleh diubah mengikut kesesuaian & keperluan individu.

Credit : laman web Better You Better World

Tiada ulasan:

Catat Ulasan