Khamis, 11 Oktober 2012

Mengapa anak meragam ketika menyusu?

Alhamdulillah, puteri sulung akan menginjak usia ke setahun dua bulan beberapa hari lagi. Sampai sekarang masih sukakan susu badan. Cuma sudah kurang menyusu dek kerana asyik sangat bermain dan sudah makan makanan pejal. Tak apa lah. Janji masih ada susu mama yang masuk dalam perut adik.

 
Tapi ada di kalangan sahabat bercerita tentang anak mereka MERAGAM KETIKA MENYUSU. Saya juga mengalami masalah yang sama diawal kelahiran A'qilah. Tidak tahu nak buat apa, beri susu pun menangis. Dukung pun masih menangis. Selalu berlaku di waktu malam. Bila dah penat menangis tidur la dia. Ada yang kata anak saya ada SAWAN TANGIS. Wallahu a'lam.

 
Bila anak meragam ketika disusukan atau setelah kenyang kita boleh lihat kepada sudut-sudut yang lain seperti:
 
PERTAMA:


Jika bayi enggan menyusu (jika telah sampai waktu menyusu) walaupun berbagai cara telah dibuat (dalam kes ini bayi menyusu sepenuhnya dari ibu sebelum ini). Bukanlah jua susu ibu tidak cukup dan membuatkan bayi marah.
 
 
1) Perhatikan posisi dan perlekapan ibu – adakah menyelesakan bayi – jika tidak selesa betulkan posisi dan perlekapan (contoh: badan bayi menghadap siling, perlekapan yang salah)
 
 
2) Perhatikan sekali lagi keadaan bayi – adakah hidung tersumbat? Jika ya, betulkan posisi dari posisi buai (cradle) kepada posisi upright yang akan lebih menyelesakan bayi yang hidung tersumbat/selsema).
 
 
3) Perhatikan jua keadaan seperti di atas, seperti suhu, lampin dan faktor2 lain – jika tiada, OK
 
 
4) Jika anak enggan menyusu, jangan paksa dia untuk menyusu. Biarkan sekejap dan boleh pujuk semula (jika paksa, maka merajuklah dia atau kadangkala boleh trauma setiap kali mahu diberi susu) selepas bayi telah ok.
 
 
5) Perhatikan keadaan mulut bayi – jika ada tompok2 putih (thrush) ataupun ulser ataupun keadaan tekak yang merah, barangkali anak tidak selesa dan sakit untuk menyusu. Refer anak anda pada doktor berdekatan.
 
 
KEDUA:

 
Seperti ibu yang risaukan anaknya kerap menangis walaupun dah disusukan on demand (dan yakin anaknya telah kenyang). Pada fikiran si ibu, anaknya tidak mendapat cukup susu (kerana susunya kurang). Selain daripada susah hati memikirkan susu ibu yang telah semakin berkurangan, ibu mungkin boleh bertenang sedikit dan perhatikan dari aspek lain seperti:
 
 
1) Periksa lampin baby – perhatikan jika sudah basah/penuh – OK
 
 
2) Periksa suhu, keadaan badan dan perut bayi – OK
 
 
3) Periksa kawasan sekeliling tempat tidur bayi – semut api atau serangga lain – jika tiada, OK
 
 
4) Perhatikan suhu bilik (terlalu sejuk atau terlalu panas) – OK
 
 
Jika tiada sebab2 di atas atau yang lain2 dan semuanya ok, maknanya baby tidak ada apa2 masalah. Mungkin dia hanya perlukan mamanya peluk, temankan dia bermain, menyanyi atau comfort kan dia Jangan panik dan terus jump into conclusion yang susu anda tiada.
 
KETIGA:

 
Jika bayi anda tidak mahu berenggang dari anda dan mahu menyusu sepanjang hari/malam. Bukanlah tanda susu ibu tidak cukup dan bayi tidak puas lalu mahu menyusu.
 
 
1) Bayi sangat suka suckle for comfort (itulah sebabnya puting dicipta – kerana bayi sangat selesa bila dapat menggerakkan mulutnya) – cuba fikirkan, apa lagi yang baby boleh buat selain tidur dan menyonyot? Nikmatilah momen ini walaupun kadangkala memenatkan
 
 
2) Cluster feeding – menyekalikan penyusuan pertama dan kedua dan ketiga tanpa mengeluarkan puting dari mulut.
 
 
3) Bayi sangat suka bau badan ibunya, dakapan ibunya dan SEMUA perkara tentang orang yang melahirkannya iaitu IBU.
 
 
… dan banyak perkara lagi anda boleh terokai bersama bayi anda
 
 
Ini hanya TIGA diantara beratus-ratus expectation tentang bayi meragam. Kalau anda hendak menyusukan anak secara eksklusif, pumping tak boleh la ke laut. Kena follow waktu yang ditetapkan iaitu 2-3 jam sekali dan minum air 3 liter sehari. Hendak yang terbaik untuk anak maka ibu kena la berkorban sebaik mungkin. Tiada yang mustahil selain ibu berusaha. Tapi yang tak seronok nye kalau tak dapat support daripada family. Kat situ la punca stress, jadi ibu-ibu kena ambil langkah bijak untuk menangani stress. Cuba kongsi kisah dan masalah dengan kawan-kawan yang fully breastfeed ni. Kawan-kawan yang mendengar ni kalau boleh jangan kondem kawan yang baru nak sesuaikan diri ni ya. Sebaliknya bagi support dan jangan sekali bermegah dengan mereka. Sebab mereka akan down lebih dalam lagi. 

 
Lagi satu bila susu merudum, dont be stress. Bila stress lagi susu malu nak keluar. So, ibu kena tenangkan diri dan amalkan doa penambah susu badan. Boleh google dalam internet mesti jumpa. Selamat beramal ye ibu-ibu sekalian.
 

2 ulasan:

  1. Best dan amat berguna info ni. 2 thumbs up :)

    Memang ibu patut baca untuk dapat kefahaman tentang susu dan nikmat menyusukan anak

    BalasPadam
  2. Terima kasih mazni... Berkongsi apa yang patut... Ada d kalangan ibu yang xpasti kenapa anak mngis...

    BalasPadam