Jumaat, 31 Ogos 2012

Kencing Kotor bagi Ibu Hamil

Terdetik di hati nak menulis tentang penyakit yang memang sinonim dengan ibu hamil iaitu kencing kotor. Bagi mereka yang pernah mengalami kencing kotor sahaja tahu begaimana seksanya menghadapi keadaan tersebut. Sebab itu bila kita pergi check up mengandung nurse akan ambil sampel urin untuk diuji. Bukan saja-saja nak susahkan mommies yer. Untuk kebaikan mommies jugak. So, jangan mengeluh bila setiap kali pergi check up. Hehehe... (Nasihat kat diri sendiri jugak).
 
Kisah sahabat
 
Tahun lepas memang ramai di kalangan rakan2 saya yang hamil. Termasuklah saya sendiri. Rancak sungguh bercerita tentang persiapan, nama baby, pantang di mana dan macam2 lagi la. Maklumlah, ramai yang bakal menimang cahaya mata sulung. Excited sikit. Nak dijadikan cerita, dua orang rakan saya kehilangan bayi mereka semasa dalam kandungan. Seorang masa 35 minggu dan seorang lagi 36 minggu. Mommies bayangkan la waktu2 camni baby dah tunggu hari jer nak lahirkan. Punca kejadian ini ialah kencing kotor. Tak sangka begitu sekalli impak kencing kotor ni. Ni Sue kongsi sikit pasal kencing kotor.
 
Apakah kencing kotor?
 
Jangkitan Kuman pada Saluran Kencing atau dalam bahasa inggeris Urinary Tract Infection (UTI). Penyakit ini melibatkan jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang, ureter (saluran dari buah pinggang ke pundi kencing) dan uretra (saluran dari pundi kencing ke luar tubuh).
Sistem urinari
 
 
Apa yang diuji pada urin?
 
Sampel urin digunakan untuk mengetahui kandungan gula (glukosa) dan protein. Kalau paras gula tinggi due to diabetes biasanya. Kalau protein level tinggi boleh mengakibatkan kegagalan ginjal (buah pinggang) berfungsi. Kencing manis juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
 
Bagaimana jangkitan berlaku?
 
Pada peringkat hamil, hormon akan meningkat dan menyebabkan urin dalam keadaan berasid dan mempunyai paras gula yang tinggi. Kalau hormon tidak boleh regulate semula paras gula ke normal boleh menyebabkan kencing manis.
 
Jika kandungan protein dalam urin meningkat, itu menandakan ginjal tidak stabil dan gagal menapis bahan buangan sepenuhnya. Bila protein tinggi bermaksud jangkitan juga sudah berlaku. Ini yang dirisaukan kerana boleh memberi jangkitan pada ibu dan bayi. Tapi lebih tinggi risiko bahaya pada bayi.
 
Kuman mudah terdapat pada bahagian kulit dubur, faraj dan anus (lubang dubur). Kadang-kadang lepas buang air kecil, kita selalu lap dari belang ke depan. Jadi memudahkan kuman masuk ke dalam sistem urinari.
 
Perlakuan seks juga boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, disarankan selepas berjimak mommies kena buang air kecil supaya dapat menyingkirkan kuman-kuman tadi. Kuman niSa sangat cepat membiak ye mommies. Jadi kena sentiasa alert dengan kerja yang satu ni.
 
Tekanan rahim yang kian mebesar menekan salur pundi kencing dan menyebabkan pembuangan urin tersekat. Masih ada saki baki urin dalam salur pundi kencing. Ini boleh menyebabkan kuman membiak. Jadi mommies kena banyak minum air dalam 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih.
 
Kalau kuman telah membiak dengan banyaknya boleh menyebabkan kuman bergerak ke bahagian ginjal dan sekaligus menyerang ginjal. Apabila ginjal telah dijangkiti, ginjal tidak dapat menapis bahan buangan dalam darah dengan lancar. Oleh itu, darah yang tidak bersih tadi dihantar semula ke bahagian badan dan juga bayi. Disini lah berlakunya jangkitan kuman dalam darah bayi. Dan inilah sebab anak kedua-dua rakan saya itu meninggal dalam kandungan.
 
Simptom kencing kotor?
 
  1. Sakit ketika membuang air kecil
  2. Tidak puas membuang air kecil
  3. Rasa seperti terbakar setiap kali buang air kecil
Rawatan
 
  1. Bagi ibu hamil bersegeralah jumpa doktor
  2. Minum air 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih
  3. Buang air kecil apabila terasa ingin membuang air kencing
  4. Tukar pad atau seluar dalam dengan kerap jika kotor
  5. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan seks
  6. Bagi yang daya tahan tubuh lemah boleh mengambil Vitamin-C, Carotene dan Zinc.
  7. (Boleh lihat produk jika ingin melihat fungsi supplement ini).
     
Itu sahaja perkongsian saya tentang kencing kotor. Mommies kena banyak google jugak info2 tentang kehamilan. Lagi-lagi yang boleh bagi bad effect kat mommies and babies.
 
Jom LIKE fanpage apabila selesai membaca:
 
 
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi:
FB : Suliza Shaklee (Chat  atau PM)
Call / Whatsapp / SMS : 017-2890692
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan