Ahad, 5 Ogos 2012

Panduan Kesuburan Semulajadi 1

Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua-dua suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda. 


Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. Jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu-waktu dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT saperti dalam bulan ramadan khususnya pada waktu malam/awal pagi 10  hari terakhir ramadan. Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..
Kemudian pergi berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.

Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil disediakan di hospital atau pusat rawatan sakit puan. Tetapi ada juga kaedah yang boleh meningkatkan kesuburan secara semulajadi.
1.Makanan yang meningkatkan kesuburan
2.Carta BBT kesan waktu subur
3.Ubat subur
4.Mengatasi Stress untuk subur

Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan

Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk sihat dan subur. Kurangkan makanan karbohaidret , gula dan manisan. Jauhkan fast, processed, dan preserved foods. Kurangkan perisa dan pemanis. Makan yang fresh , banyakkan sayur hijau, ulam dan buah2an. Makan lebih ikan sebagai sumber perotin, bijiran saperti almond.

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter air dalam sehari semalam.Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Carta BBT untuk mengesan waktu subur

Pernah dengar tak carta BBT? Kalau yang memang menunggu lama untuk cahaya mata mesti tahu berbanding yang mudah hamil. Saya sendiri dulu ada menggunakan carta BBT untuk mengesan hari subur. Carta BBT ni lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kitar haid yang teratur.

BBT atau nama panjangnya BASAL BODY TEMPERATURE adalah mengesan suhu badan untuk mengetahui hari subur untuk setiap kitar haid. Untuk membuat carta BBT, seseorang itu memerlukan sebuah termometer khas yang mana boleh mengesan suhu dengan lebih tepat sehingga dua titik perpuluhan. Di bawah gambarajah termometer tersebut. Di dalamnya siap segala carta untuk anda tanda suhu setiap hari.

Bilakah suhu badan perlu di ambil? Ada waktu yang ditetapkan untuk mengukur suhu badan. Iaitu setiap pukul 5-6 pagi setiap hari. Kalau hari ini anda catatkan pada pukul 5pg, esoknya anda boleh mengesan suhu pada pukul 5-5.30 pagi sahaja. Selepas itu kemungkinan suhu badan akan berubah. Untuk menepati masa anda perlu set waktu alarm anda setiap hari. Alat ini biasanya mengesan suhu di bawah lidah atau di dalam vagina. Masa saya gunakan dulu saya letak bawah lidah sahaja. Suhu yang dicatatkan setiap hari perlu direkodkan dalam carta BBT.


Carta BBT ini suhu di ambil dalam unit Fahrenheit manakala kita biasa gunakan unit Celcius. Sama saja kaedahnya. Dalam kotak thermometer nanti akan disediakan satu carta BBT dan anda hanya perlu tick pada carta tersebut. Suhu dicatat dari hari pertama period sampai la period berikutnya atau setelah disahkan hamil.

Mesti susah anda hendak menilai graf ini. Tidak mengapa. Boleh bawa carta ini ketika berjumpa doktor dan doktor akan terangkan. Bahagian CM anda perlu masukkan bentuk cairan yang keluar dari faraj. M yang berwarna merah bermaksud menstruation ataupun fasa haid. F berwarna hijau bermaksud fertile atau fasa subur. Hari ke-15 suhu menurun dan menandakan ovulasi berlaku iaitu penetasan telur di ovari. BD merujuk kepada hari anda bersama dengan pasangan. Stats dan 01 tu xperlu sangat. Kalu nak terangkan better face to face sebab agak complicated sikit.

Kalau anda perasan hari ke-27 dan ke-28 suhu menurun kan? Itu menandakan hormon progesterone berkurang dan akan berlaku haid untuk kitar seterusnya. Kalau suhu meningkat atau tak turun-turun bermakna anda berjaya hamil.

Bersambung....
GLA COMPLEX SHAKLEE membantu menyeimbangkan hormon, menghasilkan kulit yang sihat dan dan menyembuhkan masalah dalaman. Baik untuk lelaki dan perempuan.


TESTIMONI CUSTOMER




FB : Suliza Shaklee
Call / SMS / Whatsapp : 017-2890692
E-mel : sulizaothman84@gmail.com
FB fanpage : Qie Qie Shop untuk konsultasi percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan