Jumaat, 31 Ogos 2012

Kencing Kotor bagi Ibu Hamil

Terdetik di hati nak menulis tentang penyakit yang memang sinonim dengan ibu hamil iaitu kencing kotor. Bagi mereka yang pernah mengalami kencing kotor sahaja tahu begaimana seksanya menghadapi keadaan tersebut. Sebab itu bila kita pergi check up mengandung nurse akan ambil sampel urin untuk diuji. Bukan saja-saja nak susahkan mommies yer. Untuk kebaikan mommies jugak. So, jangan mengeluh bila setiap kali pergi check up. Hehehe... (Nasihat kat diri sendiri jugak).
 
Kisah sahabat
 
Tahun lepas memang ramai di kalangan rakan2 saya yang hamil. Termasuklah saya sendiri. Rancak sungguh bercerita tentang persiapan, nama baby, pantang di mana dan macam2 lagi la. Maklumlah, ramai yang bakal menimang cahaya mata sulung. Excited sikit. Nak dijadikan cerita, dua orang rakan saya kehilangan bayi mereka semasa dalam kandungan. Seorang masa 35 minggu dan seorang lagi 36 minggu. Mommies bayangkan la waktu2 camni baby dah tunggu hari jer nak lahirkan. Punca kejadian ini ialah kencing kotor. Tak sangka begitu sekalli impak kencing kotor ni. Ni Sue kongsi sikit pasal kencing kotor.
 
Apakah kencing kotor?
 
Jangkitan Kuman pada Saluran Kencing atau dalam bahasa inggeris Urinary Tract Infection (UTI). Penyakit ini melibatkan jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang, ureter (saluran dari buah pinggang ke pundi kencing) dan uretra (saluran dari pundi kencing ke luar tubuh).
Sistem urinari
 
 
Apa yang diuji pada urin?
 
Sampel urin digunakan untuk mengetahui kandungan gula (glukosa) dan protein. Kalau paras gula tinggi due to diabetes biasanya. Kalau protein level tinggi boleh mengakibatkan kegagalan ginjal (buah pinggang) berfungsi. Kencing manis juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
 
Bagaimana jangkitan berlaku?
 
Pada peringkat hamil, hormon akan meningkat dan menyebabkan urin dalam keadaan berasid dan mempunyai paras gula yang tinggi. Kalau hormon tidak boleh regulate semula paras gula ke normal boleh menyebabkan kencing manis.
 
Jika kandungan protein dalam urin meningkat, itu menandakan ginjal tidak stabil dan gagal menapis bahan buangan sepenuhnya. Bila protein tinggi bermaksud jangkitan juga sudah berlaku. Ini yang dirisaukan kerana boleh memberi jangkitan pada ibu dan bayi. Tapi lebih tinggi risiko bahaya pada bayi.
 
Kuman mudah terdapat pada bahagian kulit dubur, faraj dan anus (lubang dubur). Kadang-kadang lepas buang air kecil, kita selalu lap dari belang ke depan. Jadi memudahkan kuman masuk ke dalam sistem urinari.
 
Perlakuan seks juga boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, disarankan selepas berjimak mommies kena buang air kecil supaya dapat menyingkirkan kuman-kuman tadi. Kuman niSa sangat cepat membiak ye mommies. Jadi kena sentiasa alert dengan kerja yang satu ni.
 
Tekanan rahim yang kian mebesar menekan salur pundi kencing dan menyebabkan pembuangan urin tersekat. Masih ada saki baki urin dalam salur pundi kencing. Ini boleh menyebabkan kuman membiak. Jadi mommies kena banyak minum air dalam 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih.
 
Kalau kuman telah membiak dengan banyaknya boleh menyebabkan kuman bergerak ke bahagian ginjal dan sekaligus menyerang ginjal. Apabila ginjal telah dijangkiti, ginjal tidak dapat menapis bahan buangan dalam darah dengan lancar. Oleh itu, darah yang tidak bersih tadi dihantar semula ke bahagian badan dan juga bayi. Disini lah berlakunya jangkitan kuman dalam darah bayi. Dan inilah sebab anak kedua-dua rakan saya itu meninggal dalam kandungan.
 
Simptom kencing kotor?
 
  1. Sakit ketika membuang air kecil
  2. Tidak puas membuang air kecil
  3. Rasa seperti terbakar setiap kali buang air kecil
Rawatan
 
  1. Bagi ibu hamil bersegeralah jumpa doktor
  2. Minum air 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih
  3. Buang air kecil apabila terasa ingin membuang air kencing
  4. Tukar pad atau seluar dalam dengan kerap jika kotor
  5. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan seks
  6. Bagi yang daya tahan tubuh lemah boleh mengambil Vitamin-C, Carotene dan Zinc.
  7. (Boleh lihat produk jika ingin melihat fungsi supplement ini).
     
Itu sahaja perkongsian saya tentang kencing kotor. Mommies kena banyak google jugak info2 tentang kehamilan. Lagi-lagi yang boleh bagi bad effect kat mommies and babies.
 
Jom LIKE fanpage apabila selesai membaca:
 
 
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi:
FB : Suliza Shaklee (Chat  atau PM)
Call / Whatsapp / SMS : 017-2890692
 
 
 


Ahad, 12 Ogos 2012

Panduan Kesuburan 2

Apakah ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.

 

Bagaimana ingin mengetahui waktu ovulasi?

Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu.

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku. Cubalah
kalkulator ovulasi kami untuk membantu anda menentukan bila masanya "ruang subur" anda. Kemudian eloklah anda membiasakan diri dengan kitaran perubahan hormon dan fizikal yang berlaku pada diri anda setiap bulan.

Perubahan mukus serviks.
Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

Sakit pinggang. ( yang ni berlaku pada saya )
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.

Rasa seksi dan suka memikat.
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah!
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

Bau yang membuat lelaki gila.
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

Bagaimana ingin meningkatkan peluang untuk hamil?



Jika anda melakukan seks tanpa perlindungan setiap dua atau tiga hari, sperma yang mempunyai motiliti baik akan berada di tempat yang sesuai bila saja anda melalui ovulasi. Kalau boleh minta suami "puasa" selama 5 hari sebelum waktu subur untuk meningkatkan kuantiti sperma. Cadangan ini daripada doktor yang membantu saya dalam usaha hamil. Seks secara teratur sepanjang kitaran anda adalah kaedah yang pakar-pakar kesuburan syorkan untuk menambah kebarangkalian menjadi hamil. Jika melakukan hubungan asmara semasa mukus serviks anda berair dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil bagi setiap kitaran. Ini bermakna di sekitar 84 peratus wanita yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan kawalan kelahiran akan hamil dalam tempoh satu tahun. Jika mereka terus mencuba, separuh dari yang tidak berjaya akan hamil pada tahun berikutnya, menjadikan jumlah besar 92 peratus pasangan yang berjaya konsepsi dalam tempoh dua tahun.

Mengukur ovulasi menggunakan Ovulation Test Kit

Bagi mereka yang sukar untuk mengesan ovulasi boleh menggunakan Ovulation Test Kit. Dalam satu kotak terdapat 5 kit. Ovulation Test kit perlu digunakan setiap hari. Ada yang menggunakan 2 kit sehari untuk waktu pagi dan malam kerani ovulasi berlaku bukan pada waktu pagi sahaja. Penggunaan kit ini tidak sama seperti menggunakan Pregnancy Test Kit dimana hanya lebih memberi bacaan tepat pada waktu pagi selepas bangun tidur.

Inilah salah satu brand ovulation test kit yang boleh didapati di farmasi. Saya pernah gunakan alat ini untuk make sure yang hari subur yang doktor beritahu saya adalah sama. Memang work la alat ni. Memang sama seperti yang doktor jangka. Harga dalam rm50++ . Dalam setiap kotak ada 5/6 kit. Saya guna 1 hari 1 je. Sebab tidak mampu nak beli selalu. So saya gunakan pada hari period yg ke 11 hingga 15.


Ini pula gambarajah strips yang telah digunakan. Setiap strips perlu dilabel dengan tarikh dan masa. Strips yang pertama bermula 26 april adalah negatif. 30 april - 4 mei adalah positif. 4 mei adalah ovulasi berlaku sebab test line lebih terang atau sama dengan control. Jika semua kit yang anda gunakan sampai lagi 10 hari nak period masih negatif anda tidak subur dan perlu rujuk pakar untuk mengukur tahap hormon dalam darah. Lebih mudah menggunakan ovulation test kit berbanding mengukur sendiri. Tetapi banyak kos perlu diperuntukan untuk menggunakan kit.


Itu sahaja untuk kali ini. Nanti saya kongsi lagi ye.


Untuk konsultasi percuma hubungi saya:

FB: Suliza Shaklee (Chat secara terus / PM)
Call / SMS / Whatsapp : 0172890692




Ahad, 5 Ogos 2012

Pemakanan untuk subur

Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk sihat dan subur. Kurangkan makanan karbohaidret , gula dan manisan. Jauhkan fast, processed, dan preserved foods. Kurangkan perisa dan pemanis. Makan yang fresh , banyakkan sayur hijau, ulam dan buah2an. Makan lebih ikan sebagai sumber perotin, bijiran saperti almond.

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter  air dalam sehari semalam.Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah  mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

*Credit to Dr Hamid Arshad

FB : Suliza Shaklee
Call / SMS / Whatsapp : 017-2890692
E-mel : sulizaothman84@gmail.com
FB fanpage : Qie Qie Shop

Panduan Kesuburan Semulajadi 1

Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua-dua suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda. 


Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. Jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu-waktu dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT saperti dalam bulan ramadan khususnya pada waktu malam/awal pagi 10  hari terakhir ramadan. Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..
Kemudian pergi berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.

Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil disediakan di hospital atau pusat rawatan sakit puan. Tetapi ada juga kaedah yang boleh meningkatkan kesuburan secara semulajadi.
1.Makanan yang meningkatkan kesuburan
2.Carta BBT kesan waktu subur
3.Ubat subur
4.Mengatasi Stress untuk subur

Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan

Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk sihat dan subur. Kurangkan makanan karbohaidret , gula dan manisan. Jauhkan fast, processed, dan preserved foods. Kurangkan perisa dan pemanis. Makan yang fresh , banyakkan sayur hijau, ulam dan buah2an. Makan lebih ikan sebagai sumber perotin, bijiran saperti almond.

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter air dalam sehari semalam.Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Carta BBT untuk mengesan waktu subur

Pernah dengar tak carta BBT? Kalau yang memang menunggu lama untuk cahaya mata mesti tahu berbanding yang mudah hamil. Saya sendiri dulu ada menggunakan carta BBT untuk mengesan hari subur. Carta BBT ni lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kitar haid yang teratur.

BBT atau nama panjangnya BASAL BODY TEMPERATURE adalah mengesan suhu badan untuk mengetahui hari subur untuk setiap kitar haid. Untuk membuat carta BBT, seseorang itu memerlukan sebuah termometer khas yang mana boleh mengesan suhu dengan lebih tepat sehingga dua titik perpuluhan. Di bawah gambarajah termometer tersebut. Di dalamnya siap segala carta untuk anda tanda suhu setiap hari.

Bilakah suhu badan perlu di ambil? Ada waktu yang ditetapkan untuk mengukur suhu badan. Iaitu setiap pukul 5-6 pagi setiap hari. Kalau hari ini anda catatkan pada pukul 5pg, esoknya anda boleh mengesan suhu pada pukul 5-5.30 pagi sahaja. Selepas itu kemungkinan suhu badan akan berubah. Untuk menepati masa anda perlu set waktu alarm anda setiap hari. Alat ini biasanya mengesan suhu di bawah lidah atau di dalam vagina. Masa saya gunakan dulu saya letak bawah lidah sahaja. Suhu yang dicatatkan setiap hari perlu direkodkan dalam carta BBT.


Carta BBT ini suhu di ambil dalam unit Fahrenheit manakala kita biasa gunakan unit Celcius. Sama saja kaedahnya. Dalam kotak thermometer nanti akan disediakan satu carta BBT dan anda hanya perlu tick pada carta tersebut. Suhu dicatat dari hari pertama period sampai la period berikutnya atau setelah disahkan hamil.

Mesti susah anda hendak menilai graf ini. Tidak mengapa. Boleh bawa carta ini ketika berjumpa doktor dan doktor akan terangkan. Bahagian CM anda perlu masukkan bentuk cairan yang keluar dari faraj. M yang berwarna merah bermaksud menstruation ataupun fasa haid. F berwarna hijau bermaksud fertile atau fasa subur. Hari ke-15 suhu menurun dan menandakan ovulasi berlaku iaitu penetasan telur di ovari. BD merujuk kepada hari anda bersama dengan pasangan. Stats dan 01 tu xperlu sangat. Kalu nak terangkan better face to face sebab agak complicated sikit.

Kalau anda perasan hari ke-27 dan ke-28 suhu menurun kan? Itu menandakan hormon progesterone berkurang dan akan berlaku haid untuk kitar seterusnya. Kalau suhu meningkat atau tak turun-turun bermakna anda berjaya hamil.

Bersambung....
GLA COMPLEX SHAKLEE membantu menyeimbangkan hormon, menghasilkan kulit yang sihat dan dan menyembuhkan masalah dalaman. Baik untuk lelaki dan perempuan.


TESTIMONI CUSTOMER




FB : Suliza Shaklee
Call / SMS / Whatsapp : 017-2890692
E-mel : sulizaothman84@gmail.com
FB fanpage : Qie Qie Shop untuk konsultasi percuma

Sabtu, 4 Ogos 2012

Cara Menghasilkan Susu Yang Berkualiti dan Berkuantiti

Assalamualaikum. Semalam (4 ogos 2012) saya telah menghadiri satu Seminar Penyusuan di mana dalam seminar tersebut menjawab persoalan ibu-ibu menyusukan tentang masalah yang di hadapi. Sei yang disampaikan oleh Raja Haslina Raja Sehar, ibu kepada 2 orang anak yang menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun.

Anatomi payudara


Saya paparkan satu gambarajah yang mudah untuk anda fahami tentang anatomi payudara. Pengalaman saya menuntut dalam bidang BioPerubatan hanya mempelajari bagaimana susu dihasilkan dan fungsi stp bahagian anatomi. Tapi saya tidak diajar bagaimana cara untuk mengekalkan, mempercepatkan atau meningkatkan penghasilan susu. Di dalam setiap Alveolus terdapat Laktosit yang berfungsi dalam penghasilan susu. Terdapat berjuta-juta alveolus dalam setiap payudara. Duct atau saluran adalah jalan untuk susu keluar daripada payudara. Manakala Areola terdapat di bahagian luar payudara  apabila bayi menghisap susu, mulut mereka akan mengurut bahagian Areola untuk merangsang pengeluaran susu.

Saiz atau warna pada mana-mana bahagian payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu, ada antara ibu-ibu mempunyai payudara yang kecil tetapi itu bukan faktor pengurangan susu.

Bagaimana memilih pam yang sesuai?

Digalakkan ibu-ibu menggunakan pam yang mempunyai petal cushion massage. Setakat ni brand Avent, Mendela dan Spectra je yang saya tahu ada disediakan petal cushion massage. Petal cushion massage bertujuan mengurut bahagian aerola untuk merangsang pengeluaran susu.

Petal cushion massage


Kelebihan menggunakan alat ini pengeluaran susu akan lebih lancar dan meriah dan tidak berasa sakit apabila melakukan sesi mengepam. Bahagian areola akan diurut untuk merangsang susu keluar. Tanpa alat ini pam akan memberi suction yang kuat pada nipple dan menyebabkan rasa sakit. Nipple suction  bukan cara yang betul untuk mengpam.Ini adalah daripada pengalaman saya sendriri serta beberapa orang rakan. Saya menggunakan Avent manual untuk mengepam susu. Walaupun mahal tetapi berbaloi dan saya puas hati.

Bagaimana untuk mendapatkan kuantiti dan kualiti susu yang baik?

  1. Perlu mengambil diet makanan yang seimbang untuk susu yang kaya dengan nutrisi
  2. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  3. Mengurut payudara beberapa minit sebelum pam (tuam pun boleh)
  4. Sentiasa pam setiap 2-3 jam sekali
  5. Berdoa semoga dimurahkan rezki anak dengan susu badan.

Kenapa perlu setiap 2-3 jam sekali?

Payudara perlu diransang supaya otak sentiasa mendapat isyarat bahawa anak anda minum susu setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu akan mengekalkan atau meningkatkan kuantiti susu. Susu akan sentiasa dihasilkan dalam masa 2-3 jam bagi memenuhkan kilang susu dalam payudara.

Bagaimana kalau tiada masa untuk mengepam?

Ada cara untuk mengatasi kekurangan susu. Ibu kena melalukan power pumping. Biasanya dilakukan watu malam selepas anak tidur. Pam susu 10-15 min. Rehat 10-15 minit. Pam balik 10-15 minit. Lakukan dalam masa 1 jam sudah memadai. Memang susu dihasilkan sedikit utp setiap sesi power pumping. Ramai ibu-ibu telah mencuba cara ini. Alhamdulillah tiada masalah kekurangan susu.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma boleh hubungi saya:
FB : Suliza Saklee (Online chat)
Call / whatsapp / SMS : 017-2890692
FB fanpage : Qie Qie Shop

Like FB fanpage: