Sabtu, 4 Ogos 2012

Cara Menghasilkan Susu Yang Berkualiti dan Berkuantiti

Assalamualaikum. Semalam (4 ogos 2012) saya telah menghadiri satu Seminar Penyusuan di mana dalam seminar tersebut menjawab persoalan ibu-ibu menyusukan tentang masalah yang di hadapi. Sei yang disampaikan oleh Raja Haslina Raja Sehar, ibu kepada 2 orang anak yang menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun.

Anatomi payudara


Saya paparkan satu gambarajah yang mudah untuk anda fahami tentang anatomi payudara. Pengalaman saya menuntut dalam bidang BioPerubatan hanya mempelajari bagaimana susu dihasilkan dan fungsi stp bahagian anatomi. Tapi saya tidak diajar bagaimana cara untuk mengekalkan, mempercepatkan atau meningkatkan penghasilan susu. Di dalam setiap Alveolus terdapat Laktosit yang berfungsi dalam penghasilan susu. Terdapat berjuta-juta alveolus dalam setiap payudara. Duct atau saluran adalah jalan untuk susu keluar daripada payudara. Manakala Areola terdapat di bahagian luar payudara  apabila bayi menghisap susu, mulut mereka akan mengurut bahagian Areola untuk merangsang pengeluaran susu.

Saiz atau warna pada mana-mana bahagian payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu, ada antara ibu-ibu mempunyai payudara yang kecil tetapi itu bukan faktor pengurangan susu.

Bagaimana memilih pam yang sesuai?

Digalakkan ibu-ibu menggunakan pam yang mempunyai petal cushion massage. Setakat ni brand Avent, Mendela dan Spectra je yang saya tahu ada disediakan petal cushion massage. Petal cushion massage bertujuan mengurut bahagian aerola untuk merangsang pengeluaran susu.

Petal cushion massage


Kelebihan menggunakan alat ini pengeluaran susu akan lebih lancar dan meriah dan tidak berasa sakit apabila melakukan sesi mengepam. Bahagian areola akan diurut untuk merangsang susu keluar. Tanpa alat ini pam akan memberi suction yang kuat pada nipple dan menyebabkan rasa sakit. Nipple suction  bukan cara yang betul untuk mengpam.Ini adalah daripada pengalaman saya sendriri serta beberapa orang rakan. Saya menggunakan Avent manual untuk mengepam susu. Walaupun mahal tetapi berbaloi dan saya puas hati.

Bagaimana untuk mendapatkan kuantiti dan kualiti susu yang baik?

  1. Perlu mengambil diet makanan yang seimbang untuk susu yang kaya dengan nutrisi
  2. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  3. Mengurut payudara beberapa minit sebelum pam (tuam pun boleh)
  4. Sentiasa pam setiap 2-3 jam sekali
  5. Berdoa semoga dimurahkan rezki anak dengan susu badan.

Kenapa perlu setiap 2-3 jam sekali?

Payudara perlu diransang supaya otak sentiasa mendapat isyarat bahawa anak anda minum susu setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu akan mengekalkan atau meningkatkan kuantiti susu. Susu akan sentiasa dihasilkan dalam masa 2-3 jam bagi memenuhkan kilang susu dalam payudara.

Bagaimana kalau tiada masa untuk mengepam?

Ada cara untuk mengatasi kekurangan susu. Ibu kena melalukan power pumping. Biasanya dilakukan watu malam selepas anak tidur. Pam susu 10-15 min. Rehat 10-15 minit. Pam balik 10-15 minit. Lakukan dalam masa 1 jam sudah memadai. Memang susu dihasilkan sedikit utp setiap sesi power pumping. Ramai ibu-ibu telah mencuba cara ini. Alhamdulillah tiada masalah kekurangan susu.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma boleh hubungi saya:
FB : Suliza Saklee (Online chat)
Call / whatsapp / SMS : 017-2890692
FB fanpage : Qie Qie Shop

Like FB fanpage: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan