Ahad, 14 Oktober 2012

Tips untuk Membantu Pasangan yang Ingin Hamil

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengamalkan beberapa tip ini untuk membantu meningkatkan peratusan anda untuk hamil. mungkin anda pernah mendengar petua atau tip tentang waktu dan saat terbaik untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kitaran wanita, berapa kali hubungan seksual yang perlu dilakukan, posisi atau cara seksual dilakukan dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal yang boleh meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
PILIH WAKTU TERBAIK UNTUK JIMAK
Dalam usaha meningkatkan kemungkinan untuk hamil, penting untuk kita mengetahui waktu terbaik untuk berlakunya ovulasi pada seorang wanita. Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual adalah pada masa subur atau ketika proses ovulasi berlaku pada seseorang wanita (seperti yang dinyatakan tadi).
Telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
Oleh itu, melakukan hubungan seks sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi.
FREKUENSI HUBUNGAN SEKSUAL
Frekuensi atau berapa kerap anda melakukan hubungan seksual bergantung kepada setiap pasangan. Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan berapa kali seseorang harus melakukan seks untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali sahaja melakukannya tetapi terdapat juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Perkara terpenting adalah seberapa kerap anda melakukan hubungan pada waktu yang terbaik untuk hamil.
NIKMATI HUBUNGAN SEKSUAL ANDA
Penelitian menunjukkan bahawa, ketika seseorang wanita mencapai orgasma, keadaan alkali (base) pada vagina wanita akan terbentuk. Pada waktu itu, sperma menyukainya berbanding keadaan normal vagina (acid). Jika anda mencapai orgasma pada waktu yang sama atau sesaat selepas pasangan anda berejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai ke ovum akan lebih tinggi.
** Daripada 39 juta sperma hanya 30% sperma sahaja yang akan berjaya memasuki ovum yang matang.
POSISI HUBUNGAN SEKSUAL
Posisi seks yang disarankan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas (man on top).
JANGAN BANYAK BERGERAK SELEPAS BERJIMAK
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa dengan tidak bergerak dan tetap dalam posisi baring dengan kaki dan pinggul lebih tinggi selepas berjimak akan meningkatkan kesuburan. Ini disebabkan sebenarnya sperma sudah berada di dalam serviks sesaat selepas ejakulasi.
Tetapi terdapat pihak yang tetap menyarankan untuk memberi sedikit masa untuk sperma berenang ke serviks dan menganjal pinggul dengan sebuah bantal semasa berjimak.
Selain itu, yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan diri, hindari daripada menggunakan cairan pembersih vagina bersifat toksik kepada sperma.
SUAMI PERLU ELAK MANDI AIR PANAS
Para suami sebaiknya menghhindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau terlalu kerap mandi air panas. Ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau keadaan di kawasan panas di kawasan testis akan mengganggu proses pembentukan sperma.
TENANG
Cubalah untuk tetap bertenang ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan anda. Ini kerana stress tidak akan membantu malah hanya akan menyulitkan keadaan.
MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan adalah perkara asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda mendapat makanan yang cukup lagi berkhasiat. Ingat bahawa wanita yang sihat atau mempunyai berat badan yang ideal akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Ini semua hanyalah tip-tip yang boleh dipraktikkan dan dicuba untuk membantu anda meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Hanya 30% sperma sahaja yang berjaya memasuki telur yang matang yang akan memberi hasil yang positif. Selebihnya lagi masih tetap perlu menunggu dan mencuba lagi walaupun sudah melakukan kesemua tip yang diberikan dengan betul. Ingatlah, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan segala-galanya. Kita hanya berusaha dan berikhtiar.
** Sekiranya anda sudah cuba mempraktikkan semua tip-tip yang diberi tetapi masih menemui jalan buntu, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Terima kasih kerana sudi singgah.... Jom klik LIKE Qie Qie Shop fanpage... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan