Selasa, 4 Disember 2012

BILA AIR KETUBAN PECAH TERLALU AWAL

Premature Rapture of Membranes (PROM) adalah istilah perubatannya. Apakah yang harus dilakukan jika anda mengalami PROM?

Sebelum kelahiran, bayi anda akan dikelilingi cecair pelindung amnion yang dipanggil air ketuban atau cecair amnion. Kedua-dua bayi dan cecair amnion dillindingi oleh kepompong yang mempunyai dua lapisan membran pelindung di dalam dinding yang berotot iaitu uterus. Jika membran tersebut pecah sendiri ia dipanggil Spontaneous Ruptures of Membranes (SRM) atau apa yang biasa kita kenali sebagai air ketuban pecah. Jika SRM berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan , inilah yang dipanggil PROM.

Mengapa PROM berlaku????

Soalan ini sukar dijawab. Kadangkala ia memang berlaku dan tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Walaubagaimanapun:
  • Jika anda bakal melahirkan anak kembar, membran mungkin pecah awal kerana beban berlebihan daripada bayi-bayi menyebabkan tekanan pada membran.
  • Amat jarang berlaku tetapi kadangkala terdapat juga keadaan di mana cecair amnion terlalu banyak. Keadaan ini dipanggil polihiroamnios. Ia mungkin disebabkan oleh kecatatan kepada janin ataupun hamil anak kembar. Tekanan daripada cecair amnion yang terlalu banyak kadangkala menyebabkan membran pecah terlalu awal.
  • Kedudukan fetus yang tidak betul. Biasanya fetus terletak dengan kepala di bawah dan belakangnya menghadap perut anda. Jadi kepala bayi akan terletak elok dalam kawasan serviks. Jika kedudukannya tidak seperti ini, contohnya, jika ia berkedudukan occiput posterior (belakang menghadap belakang anda), atau sonsang, ia tidak begitu muat dalam uterus. Dalam kes begini, kemungkinan besar membran akan pecah awal.
Apa yang perlu dilakukan jika terjadinya PROM???

Semasa proses bersalin juga akan berlaku SRM. Jika ia berlaku sebelum fasa kehamilan matang, atau sewaktu masih di awal proses bersalin  anda seharusnya menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Doktor akan memeriksa pelbagai perkara iaitu:
  • Mengesahkan air yang keluar ialah air ketuban. Kadangkala yang keluar ialah air kencing yang di salah anggap sebagai air ketuban walaupun baunya berbeza. Untuk mengujinya, doktor atau jururawat akan mengambil contoh dengan kapas kesat. Jika kapas kesat bertukar warna biru gelap atau hitam jika disapukan pada cecair penguji, positif air ketuban.
  • Memastikan  warna air yang keluar. Air ketuban berwarna jernih. Walaupun amat jarang berlaku, tetapi kadangkala ia mungkin berwarna sedikit kehijauan - ini bermakna wujudnya meconium. Ini menunjukkan bayi telah membuang air besar sebelum kelahiran disebabkan masalah tertentu. Jika ini berlaku anda dan bayi akan diawasi dengan terperinci.
  • Memastikan kadar degupan jantung bayi. Ini adalah untuk memastikan yang bayi anda bersedia untuk dilahirkan.
  • Memastikan anda selamat
  • Memastikan bilakah membran anda pecah. Disebabkan itu penting menghubungi doktor sebaik sahaja berlaku SRM supaya tidak berlaku jangkitan kepada bayi dan organ pembiakan anda.

Terima kasih kerana membaca. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan dari artikel di atas.

Please LIKE QieQie Shop fanpage... TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan